Powered By Blogger

Saturday, July 11, 2020

HEBATNYA BERSEDEKAH


Al-Kisah seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah SAW.

Pengemis itu berkata, "Saya pengemis ingin meminta sedekah daripada Rasulullah."

Rasulullah bersabda, "Wahai Aisyah berikan baju itu kepada pengemis itu".

Sayyidah Aisyah pun melaksanakan perintah Nabi.

Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar:
"Sesiapa yang mau membeli baju Rasulullah? ".

Maka dengan cepatnya berkumpullah orang-orang, dan semua ingin membelinya.
Selepas itu, ada seorang kaya namun buta yang mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapa-berapa pun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya, "Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu merdeka”.

Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya, lalu diserahkanlah baju itu kepada tuannya yang buta tadi.

Alangkah gembiranya si buta tersebut. Dengan memegang baju Rasulullah itu, orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
“Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yg suci ini, kembalikanlah pandanganku."

Masya-Allah...
dengan izin Allah, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembiranya dan berkata"Wahai Rasulullah, pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju Tuan sebagai hadiah daripadaku."

Sebelum orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya, padahal biasanya Rasulullah jarang-jarang sekali tertawa.

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah, "Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan izin dan barakah-Nya, baju tersebut telah mengayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita."

Masya-Allah ..


Al-Imam as-Suyuti menyebutnya dalam salah satu kitabnya bahawa pahala sedekah itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)


" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :

1) Satu dibalas sepuluh (1:10) ,iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.

2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90),
iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) ,iaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukannya.

4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100.000),iaitu sedekah kepada kedua-dua orang tua.

5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900.000), iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin].

Wallahu'alam bissawab,

MELALUI KISAH INI, DIHARAPKAN KITA  MENJADI ORANG YANG GEMAR  BERSEDEKAH

No comments:

Post a Comment

PERCEPATAN SINKRONISASI DAPODIK, LPJ BOS TAHAP I, II 2020 DAN PENGISIAN RAPOR MUTU TAHUN 2019

Menindaklanjuti surat Dirjen Pauddasmen Nomor 7160/C/KU/2020 hal Persiapan Penyaluran Dana BOS tahap III Tahun 2020, Surat Pemberitah...