1.
Bulu kening
Menurut
Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu
kening atau meminta supaya dicukurkan.
-Petikan
dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki
Memakai
gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
-Petikan
dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan:
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti
pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian
Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata
orang sekarang hidung belang.
-Petikan
dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada
mereka.
– Petikan
dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah
Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang merubah ciptaan Allah.
-Petikan
dari Hadis Riwayat At-Thabrani.
6. Muka dan leher
Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan:
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan tangan
Asma
Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja.
-Petikan
dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya.
– Petikan
dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya
– Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda
Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik.
– Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda
Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi.
– Petikan
dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan
katakanlah kepada perempuan-perem
puan
mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka.
– Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila
seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya.
– Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada
seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
– Petikan
dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
– Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah
mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat.
Mereka
tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
– Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai
anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
.
.
– Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
#
SemogaBermanfaat
#Muslimah
#Akhwat
#Ukhty
No comments:
Post a Comment